Marin Diraja
Marin Diraja

Marin Diraja

Kor Marin Diraja (Royal Marine Corps), atau Royal Marines (RM), adalah kor marin dan infantri amfibia dalam United Kingdom, dan membentuk sebahagian daripada Perkhidmatan Laut (bersama-sama dengan Tentera Laut Diraja dan organisasi yang berkaitan). Marin Diraja telah ditubuhkan pada tahun 1755 sebagai infantri marin bagi Tentera Laut Diraja. Walau bagaimanapun, asal-usulnya dikesan dari pembentukan "Rejimen maritim askar berjalan kaki Duke of York dan Albany" di dalam Kompeni Artileri Kehormat pada 28 Oktober 1664.Marin Diraja adalah pasukan maritim, amfibia, infantri ringan khas pasukan komando. Mereka mampu digerakkan dalam masa yang singkat bagi menyokong tentera Kerajaan United Kingdom dan objektif diplomatik di luar negara. Marin Diraja disusun menjadi briged infantri ringan (Briged 3 Komando) dan beberapa unit yang berasingan seperti Perkhidmatan Bot Khas, Grup 1 Tempur Marin Diraja, Grup Perlindungan Armada Marin Diraja (sebelum ini dikenali Grup Comacchio), dan sebuah kompeni dalam Grup Gerak Khas. Kor ini beroperasi dalam semua persekitaran dan iklim, walaupun kepakaran dan latihan tertentu dikhaskan untuk peperangan amfibia, peperangan artik, peperangan gunung, peperangan ekspedisi, Pasukan Aturgerak Cepat dan menyokong Pasukan operasi khas.Disepanjang sejarahnya, Marin Diraja sering terlibat dalam beberapa peperangan besar disamping Tentera Darat British - termasuk Perang Tujuh Tahun, Perang Napoleon, Perang Krimea, Perang Dunia I dan Perang Dunia II. Sejak kebelakangan ini Kor tersebut sebahagian besarnya telah digunakan dalam peranan peperangan ekspedisi ​​seperti Perang Falkland, Perang Teluk, Perang Bosnia, Perang Kosovo , Perang Saudara Sierra Leone, Perang Iraq dan Perang di Afghanistan. Marin Diraja mempunyai hubungan antarabangsa yang rapat dengan pasukan-pasukan marin bersekutu, terutamanya Kor Marin Amerika Syarikat dan Kor Marin Belanda/Korps Mariniers.

Marin Diraja